ASUS nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk meperkenalkan peranti andalan mereka dengan cip Snapdragon 8 Elite.
Terbaru, ASUS telah berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka iaitu ROG Phone 9 pada 19 November ini. Selepas Xiaomi dan OnePlus, kini giliran ASUS untuk menjadi peranti seterusnya yang menggunakan cip terbaru dari Qualcomm.
ASUS ROG Phone 9 telahpun diperlihatkan lebih awal pada acara Snapdragon Summit 2024. Tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelum namun menggunakan kemasan panel belakang yang berbeza. Tiada lagi lampu RGB pada bahagian belakang sebaliknya hanya terdapat skrin dot matrix sahaja.
Malangnya, tiada maklumat lanjut yang dikongsi oleh ASUS buat masa ini. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.