Kamera aksi baru dari Insta360 iaitu Ace Pro 2 kini tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan. Tampil dengan pelbagai penigkatan dengan keupayaan kamera yang lebih baik dan fungsi yang lebih menarik.
Insta360 Ace Pro 2 hadir dengan rekaan yang lebih baik dan dilengkapi dengan skrin 2.5-inci sesentuh yang boleh dilipat. Menggunakan sensor baru iaitu 1/1.3″ 50MP dengan penjenamaan Leica yang mampu merakam video pada resolusi 8K 20fps atau 4K 60fps dalam mod HDR. Selain itu, ia kini mempunyai sudut pandang yang lebih luas iaitu 157° dan menawarkan julat dinamik 13.5-stop.
Dikuasakan dengan dua cip pemprosesan 5nm yang berbeza dengan salah satunya daripadanya digunakan untuk pemprosesan imej sementara satu lagi digunakan untuk mengendalikan prestasi kamera. Kualiti audio turut dipertingkat dengan Wind Guard yang membantu untuk mengurangkan bunyi hingar dan meningkatkan kejelasan audio. Peranti ini turut dilengkapi dengan penutup mikrofon dan kanta tahan calar yang boleh ditanggal.
Insta360 Ace Pro 2 ini turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Gesture & Voice Control, Auto Edit, dan AI Highlights Assistant. Untuk ketahanan, ia menyokong pelbagai penarafan seperti mampu bertahan pada pelbagai keadaan dengan suhu -20ºC hingga 45ºC dan boleh menyelam sehingga 12 hingga 60 meter dengan aksesori menyelam. Bateri 1800mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 180 minit penggunaan.
Di Malaysia, Intsta360 Ace Pro 2 dijual pada harga bermula RM1899 untuk standard bundle dan RM1999 untuk dual battery bundle.