OnePlus 13 telahpun diperkenalkan secara rasmi di China. Tampil dengan pelbagai peningkatan dan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.
OnePlus dilengkapi dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-808 + 50MP Ultra Sudut Lebar + 50MP LYT600 yang menyokong 3x zum optik. Keupayaan kamera ini turut dilengkapi dengan penjenamaan Hasselblad. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP dari Sony IMX615.
Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonik, pembesar suara jenis stereo, penarafan IP69, butang alert slider, IR Blaster dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15.
Untuk pasaran China, OnePlus 13 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY4499 (RM2768). Peranti ini dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM baru-baru ini.