Nothing secara rasmi memperkenalkan Phone (2a) Plus edisi terhad yang dipanggil sebagai Community Edition. Yang mana rekaan ini dihasilkan oleh pemenang pertandingan rekaan yang dianjurkan oleh Nothing.
Secara asasnya, peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama dengan Phone (2) Plus. Namun, apa yang istimewa adalah rekaan ini dihasilkan oleh komuniti pengguna Nothing. Phone (2a) Plus Community Edition ini tampil dengan corak grafik glow in the dark pada panel belakang yang diilhamkan dari serangga firefly atau kelip-kelip.
Bermaksud, corak grafik pada bahagian panel belakang ini akan menyala dalam gelap secara semula jadi tanpa bantuan bateri. Bukan itu sahaja, peranti edisi terhad ini turut didatangkan dengan bungkusan khas yang turut mempunyai kemasan glow in the dark dan terdapat 6 wallpaper khas.
Dari segi penawaran, Nothing Phone (2a) Plus ini hanya tersedia dengan kuantiti yang terhad iaitu 1000 unit di seluruh dunia. Di Malaysia, peranti ini tersedia dalam 25 unit sahaja dan boleh dibeli melalui laman web rasmi Crossover pada 16 November ini. Harga jualan adalah sama iaitu RM1999 untuk 12GB + 256GB.