Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membolehkan pengguna untuk melakukan log masuk pada platform myTNB dengan menggunakan MyDigital ID.
Melalui intergrasi ini, ia membolehkan pengguna menggunakan fungsi log masuk tunggal yang ditawarkan melalui MyDigital ID. Intergrasi ini dijangka akan mula digunakan menjelang awal tahun depan.
Untuk peringkat awal, pengguna masih mempunyai pilihan untuk melakukan log masuk dengan menggunakan MyDigital ID atau sebaliknya. Perlaksanaan dilihat seiring dengan usaha kerajaan dalam menyelaraskan pendigitalan.
Selain itu, ia membolehkan pengguna myTNB mengakses pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh TNB dalam masa yang sama menawarkan perlindungan yang dipertingkat menerusi pengesahan identiti secara berpusat.