Close

iQOO 13 diumumkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite, lampu RGB dan bateri 6150mAh

iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 13. Seperti peranti andalan lain, iQOO 13 turut dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.

iQOO 13 hadir dengan skrin 6.82-inci LTPO 2.0 AMOLED yang dihasilkan oleh BOE. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 1800 nits dan PWM Dimming 2592Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar Samsung S5KJN1 + 50MP Telefoto Sony IMX816. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6150mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar.

Perkara menarik mengenai iQOO 13 adalah ia hadir dengan lampu RGB yang diletakkan pada modul kamera. Lampu RGB ini menyokong 12 kombinasi warna dengan 6 kesan dinamik antaranya pulsing dan spiraling. Lampu ini turut boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain seperti notifikasi, muzik, status bateri dan lain-lain.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.4, NFC, pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasaskan kepada Android 15.

Di China, iQOO 13 dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2458) dan mencecah sehingga CNY5199 (RM3196).

ARTIKEL BERKAITAN