Close

HUAWEI nova 13 dan 13 Pro turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1799

Seiring dengan pelancaran Mate X6, HUAWEI turut memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri ‘nova’ iaitu nova 13 dan nova 13 Pro. Kedua-dua model tampil dengan peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Untuk nova 13, ia hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, touch sampling rate 300Hz dan PWM Dimming 1440Hz. Tiada maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti namun ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 60MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Manakala untuk nova 13 Pro, ia hadir dengan skrin OLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, touch sampling rate 300Hz dan PWM Dimming 2160Hz. Tiada maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti namun ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 60MP. Turut dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Kedua-dua model menjalankan sistem operasi EMUI 14.2. Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi AI Best Expression Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti termasuk pengimbas cap jari, NFC, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Untuk pasaran Malaysia, HUAWEI Nova 13 dijual pada harga RM1799 (12GB + 256GB) dan Nova 13 Pro pula pada harga RM2399 (12GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM948.

ARTIKEL BERKAITAN