HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan fon lipat baru mereka ke pasaran tempatan melalui model Mate X6. Tampil dengan spesifikasi yang lebih menarik dan ketahanan yang lebih baik.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/IMG_20241205_152102-1024x768.jpg)
HUAWEI Mate X6 hadir dengan skrin dalaman lebih besar iaitu 7.93-inci dan skrin luar bersaiz 6.45-inci. Sebagai perbandingan, Mate X5 menggunakan skrin dalaman bersaiz 7.85-inci dan skrin luar bersaiz 6.4-inci. Skrin peranti ini menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak berbeza iaitu 1800 nits untuk skrin dalaman dan 2500 nits untuk skrin luar. Selain itu, skrin luar peranti ini menggunakan teknologi Kunlun Glass generasi ke-2 menjadikan ia lebih tahan lasak berbanding sebelumnya.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/IMG_20241205_152054-1024x768.jpg)
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6276098932572537300_y-1024x768.jpg)
Peranti ini tampil dengan rekaan yang lebih nipis apabila dibuka dengan ketebalan hanya 4.3mm. Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dikuasakan dengan cip Kirin 9020 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/IMG_20241205_151751-1024x768.jpg)
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dengan 4x zum optik dan 100x zum digital. Kamera utama, menyokong apertur boleh ubah dari F/1.4 hingga F/4.0. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi kamera XMAGE. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/IMG_20241205_151647-1024x768.jpg)
Bateri 5110mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti penarafan IPX8, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi EMUI 15.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6276098932572537327_y-1024x768.jpg)
Di Malaysia, HUAWEI Mate X6 dijual pada harga RM8688 (12GB + 512GB) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Nebula Red, Nebula Grey dan Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM8098 iaitu HUAWEI Watch Ultimate (RM3799), rebat tukar beli (RM2000) dan jaminan skrin satu tahun (RM2299).