OnePlus bakal memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu OnePlus ke pasaran global pada 7 Januari 2025. Maklumat tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi OnePlus.
Refined, bold, and timeless. The all-new #OnePlus13 with its Midnight Ocean design is where innovation meets effortless elegance.https://t.co/C3Aik9nri0 pic.twitter.com/8cLafhH0no
— OnePlus (@oneplus) December 17, 2024
Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China. Hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/OnePlus-leahter-1024x888.png)
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-808 + 50MP Ultra Sudut Lebar + 50MP LYT600 yang menyokong 3x zum optik dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dilengkapi dengan penjenamaan Hasselblad.
Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonik, pembesar suara jenis stereo, penarafan IP69, butang alert slider, IR Blaster dan menjalankan OxygenOS 15 berasaskan Android 15.
Peranti ini akan turut tiba ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ia akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti di China atau sebaliknya.