Close

Honda dan Nissan dilaporkan bakal bergabung

Honda Motor dan Nissan Motor dilaporkan bakal melakukan perbincangan dengan hasrat untuk bergabung atau menyatukan kedua-dua syarikat.

Melalui gabungan ini, kedua-dua syarikat ini akan berkongsi pelbagai perkara dalam arena automotif yang merangkumi tenaga dan sumber, dalam masa yang sama akan bersaing dengan lebih baik dengan jenama lain di pasaran.

Sekiranya perbincangan ini berjalan seperti yang dirancang, Honda dan Motor akan beroperasi di bawah sebuah syarikat induk baru. Lebih menarik, Mitsubishi Motor turut dijangka akan menyertai pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Honda dan Sony turut mempunyai syarikat kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik yang dipanggil sebagai Sony Honda Mobility.

Pada ketika ini, kedua-dua syarikat iaitu Honda dan Nissan menghadapi cabaran yang sangat sengit dengan pengeluar kenderaan dari China.

Sekiranya gabungan ini berjaya dibuat, kita bakal melihat perubahan dan saingan yang lebih kompetitif dalam arena automotif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN