Close

realme C75 rasmi di Malaysia dengan harga RM699

realme Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model C75. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan juga ketahanan yang lebih baik.

realme C75 merupakan peranti pertama dalam segmennya yang diiktiraf dengan TÜV Rheinland Rugged Smartphone Certificate dan juga mempunyai ketahanan MIL-STD 810H. Peranti ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD yang turut menyokong paparan 90Hz.

Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G92 Max yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk fotografi, ia hadir dengan sensor 50MP untuk kamera belakang dan 8MP untuk swafoto. Peranti ini turut dimuatkan dengan beberapa fungsi AI seperti AI Smart Loop, AI Clear Face dan Mini Capsule 3.0.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Menurut realme, dengan 5 minit pengecasan peranti ini boleh digunakan untuk 3 jam waktu panggilan. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti Bluetooh 5.0, penarafan IP69, Oreality Audio dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Di Malaysia, realme C75 dijual pada harga RM699 dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Storm Black dan Lightning Gold. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia dan juga melalui Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN