Close

Apple Watch Ultra 3 mungkin hadir dengan sokongan komunikasi satelit

Apple Watch Ultra generasi ketiga berkemungkinan akan hadir dengan sokongan komunikasi satelit.

Menurut laporan, Apple dijangka akan menyertakan sokongan komunikasi satelit pada Watch Ultra 3. Sekaligus, membolehkan pengguna menghantar mesej melalui satelit tanpa perlu sambungan rangkaian seperti selular atau WiFi.

Bukan itu sahaja, Apple Watch Ultra 3 juga dikatakan akan hadir dengan fungsi kesihatan baru iaitu pemantauan tekanan darah. Fungsi ini sepatutnya telahpun tersedia pada model yang diperkenalkan pada 2023. Namun, Apple telah menangguhkan fungsi tersebut yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Selain itu, Apple turut dikatakan sedang membangunkan satu lagi fungsi kesihatan baru iaitu pemantauan glukosa darah tanpa invasif. Namun begitu, fungsi ini tidak akan tiba dalam masa terdekat.

Apple mula memperkenalkan fungsi komunikasi satelit pada 2022 melalui model iPhone 14. Fungsi ini digunakan sebagai komunikasi kecemasan sekiranya berada di kawasan yang tidak mempunyai sambungan rangkaian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN