HONOR Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Magic7 Pro. Acara pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2025.
HONOR Magic7 Pro bakal hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi dan juga AI. Bukan itu sahaja, peranti akan turut menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI yang dipertingkat seperti AI Deepfake Detection Technology, AI Magic Portal 2.0, AI Magic Avatar, AI Summary, AI Minutes, AI Format dan juga AI Interpreter. Semua fungsi ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi produktiviti pengguna.
Buat masa ini, HONOR Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.