Kerajaan telah mengumumkan 8 platform media sosial dan permesejan atas talian yang perlu mendapatkan lesen jika mahu terus beroperasi di Malaysia bermula tahun depan. Lesen tersebut terletak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil, menyatakan 8 platform tersebut adalah Facebook, Telegram, WeChat, TikTok, YouTube, WhatsApp, X (Twitter) dan Instagram. Semua platform ini mempunyai lebih dari 8 Juta pengguna sekaligus memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.
Perlaksanaan ini bukan bertujuan untuk menyasarkan syarikat tertentu tetapi memastikan pematuhan terhadap undang-undang tempatan. Selain itu, perlaksanaan ini tidak akan menyekat kebebasan untuk bersuara atau menghalang inovasi.
Kerajaan yakin bahawa platform tersebut akan mematuhi undang-undang tempatan berikutan keuntungan yang dijana dan kepentingan pasaran Malaysia. Beliau turut menyatakan, beberapa platform lain telah menyatakan kesediaan mereka untuk mematuhi keperluan pelesenan.