Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penjualan router atau penghala dari TP-Link. Buat yang tidak mengetahui, TP-Link adalah jenama yang berpangkalan di Shenzen, China.
Menurut laporan, larangan atau pengharaman tersebut disebabkan oleh kebimbangan keselamatan negara dan berkaitan dengan serangan siber. Lebih teruk, larangan atau pengharaman ini berkemungkinan akan dilaksanakan bermula tahun depan.
Router dari TP-Link dikatakan mempunyai kelemahan dalam sistem keselamatan sekaligus menjadikan ia terdedah kepada serangan penggodam. Selain itu, TP-Link juga dikatakan tidak mahu terlibat dengan sebarang penyelidikan keselamatan apabila kelemahan tersebut dikesan.
Membalas kepada laporan tersebut, jurucakap TP-Link System Inc menyatakan produk mereka mungkin berpotensi kepada serangan penggodam namun tiada bukti menunjukkan produk mereka lebih terdedah berbanding jenama lain.