Shopee bakal memperkenalkan tempoh bertenang atau ‘Cooling-Off Period’ selama 12 jam pada ShopeePay seperti mana yang dilakukan oleh perkhidmatan perbankan lain. Perlaksanaan tersebut akan berkuat kuasa pada 31 Disember 2024.
Menurut Shopee, pengenalan tempoh bertenang ini adalah untuk menghalang transaksi yang tidak dibenarkan atau mencurigakan berlaku dalam tempoh tersebut.
Perlaksanaan ini hanya terkesan kepada akaun ShopeePay baru atau pertama kali diaktifkan dan juga penggunaan peranti baru yang log masuk ke akaun ShopeePay.
Semasa tempoh tersebut pengguna masih boleh melakukan tambah nilai ke akaun ShopeePay, terima dana P2P dan membuat pembayaran berjumlah sehingga RM250 di luar talian dan dalam talian.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh bertenang antaranya seperti DuitNow QR, pemindahan DuitNow, pengeluaran dana ke akaun bank dan juga ShopeePay Ang Bao.