Close

MediaTek perkenalkan cip Dimensity 8400 – Apa yang baru?

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Dimensity 8400. Merupakan cip kelas pertengahan dan tampil dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

Dimensity 8400 hadir dengan konfigurasi 8 teras CPU Cortex-A725 dengan kelajuan 3.25 GHz. Dipadankan dengan teknologi RAM LPDRR5X dan storan dalaman UFS 4.0. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Arm Mali-G720 MC7 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 24% dan penjimatan kuasa sehingga 42%.

MediaTek mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 41% pada teras pelbagai berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, cip ini turut menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah iaitu sehingga 44%.

Cip ini turut dilengkapi dengan NPU 880 yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI dengan penggunaan kuasa 18% yang lebih rendah. Untuk kamera, cip ini dilengkapi dengan Imaqiq 1080 ISP yang menyokong sensor sehingga 320MP.

SoC ini mempunyai Imagiq 1080 ISP yang menyokong penderia 320 MP, zum dalam-sensor dengan 100% PDAF, rakaman video HDR sepanjang julat zum keseluruhan, dan ia menggunakan kuasa 12% kurang dalam tangkapan video HDR 4K. Akhirnya, modem 5G-A baharu hadir dengan prestasi muat turun sehingga 5.17Gbps.

Spesifikasi yang turut ditawarkan pada cip ini adalah seperti menyokong skrin WQHD+, paparan 144Hz, WiFi 6E, Bluetooth 5.4 dan menyokong modem 5G-A baru yang menawarkan prestasi muat turun sehingga 5.17 Gbps.

ARTIKEL BERKAITAN