OPPO Malaysia bakal memperkenalkan siri Reno 13 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Siri Reno13 akan hadir dengan 3 pilihan model iaitu Reno13, Reno13 Pro dan Reno13 F.
Seiring dengan itu, OPPO Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk siri OPPO Reno13. Pra-tempahan ini dibuka bermula dari 23 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah menarik yang bernilai sehingga RM2266 iaitu OPPO Care Plus Screen Protection Plan (RM499), OPPO Care Plus Liquid Protection Plan (RM1019), Multi-Region Warranty (RM169), TWS OPPO Enco Air4 (RM249) atau TWS OPPO Enco Buds2 (RM129) dan lain-lain.
Selain itu, OPPO Malaysia turut berkongsi beberapa maklumat mengenai siri Reno13. Peranti ini hadir dengan sokongan AI seperti AI Live Photo dan AI Editior. Tidak ketinggalan, peranti ini turut menyokong penarafan IP69 membolehkan ia bertahan kepada air tekanan tinggi.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan juga harga jualan untuk siri Reno13. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.