Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2024 ialah 5.75 sen seunit untuk dana utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Jumlah tersebut merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Secara keseluruhan, kadar tersebut meningkat lebih tinggi berbanding pada tahun 2023 iaitu 5.25 sen seunit.
Pengagihan pendapatan ini dijangka akan memanfaatkan lebih dari 11.1 juta pemegang unit ASB dengan nilai jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion.
Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda menyatakan, pengagihan pendapatan ASB untuk 2024 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Selain itu, peningkatan ini menunjukkan ekonomi negara berkembang pesat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.