Close

Samsung Galaxy Fit3 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM299

Samsung secara rasmi memperkenalkan peranti boleh pakai baru untuk pasaran tempatan melalui model Galaxy Fit3. Hadir dengan rekaan yang lebih menarik bersama dengan teknologi pemantauan kesihatan yang lebih baik.

Galaxy Fit3 menggunakan skrin AMOLED dengan saiz lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu 1.6-inci. Biarpun tampil dengan skrin lebih besar namun ia dikatakan masih ringan dan sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang. Menggunakan binaan dari aluminium yang dipadankan dengan tali dari jenis silikon.

Menarik mengenai Galaxy Fit3 adalah ia merupakan peranti boleh pakai pertama dari Samsung yang menyokong fungsi Fall Detection dan Emergency SOS. Turut menyokong pelbagai fungsi kesihatan lain seperti pemantauan tidur, pemantauan kadar degupan jantung dan pemantauan tekanan. Selain itu, terdapat lebih dari 100 aktiviti sukan dan juga senaman tersedia secara terbina.

Dimuatkan dengan bateri 208mAh yang mampu betahan sehingga 13 hari penggunaan dengan sekali cas. Peranti ini turut menyokong penarafan IP68 dan ketahanan sehingga 5ATM.

Di Malaysia, Galaxy Fit3 dijual pada harga RM299. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Gray, Silver dab Pink Gold. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmi Samsung Malaysia. Diskaun sebanyak 30% akan diberikan jika membeli dengan peranti Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN