Sebelum ini, foodpanda yang dimilik oleh Delivery Hero menyatakan yang mereka sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia termasuk Malaysia.
![](https://fuzz.my/storage/2024/02/FOD-1024x683.png)
Terbaru, Delivery Hero menyatakan yang mereka telah menamatkan rundingan untuk menjual perniagaan mereka. Perbincangan tersebut dikatakan telah menemui jalan buntu selepas penjual dan pembeli gagal mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian.
Berikutan dari itu, foodpanda akan beroperasi seperti biasa. Dalam pada itu, Delivery Hero menyatakan yang mereka masih terbuka untuk meneruskan sebarang rundingan untuk peluang kerjasama dan penjualan.