Samsung dijangka akan membawa perubahan yang lebih ketara pada telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Galaxy Z Fold6. Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkan sesuatu yang menarik akan dibawakan oleh Samsung pada peranti tersebut.

Terbaru, Galaxy Z Fold6 dilaporkan akan tampil dengan rekaan yang lebih nipis berbanding model sebelumnya. Peranti ini dikatakan akan mempunyai ketebalan hanya 11mm berbanding 13.4mm pada Galaxy Z Fold5. Pada ketika ini, HONOR Magic V2 adalah telefon lipat paling nipis iaitu setebal 9.9mm sahaja.
Galaxy Z Fold6 with Galaxy AI and One UI 6.1.1 🤯
— CID (@theonecid) February 21, 2024
✅ Snapdragon 8 Gen3 for Galaxy
✅ Larger battery capacity
✅ More squared off frame (Titanium?)
✅ Bigger displays and smaller bezels
✅ Improved cooling
✅ Thinner: 11mm (pictured below)
✅ Hopefully much improved UDC
✅ 7… pic.twitter.com/ymp4lRspzG
Selain lebih nipis, Galaxy Z Fold6 turut dijangka akan menggunakan binaan dari Titanium sekaligus menjadilkan peranti lebih ringan dari model sebelumnya. Binaan Titanium turut memberikan kelebihan dari segi ketahanan.
Selain itu, Samsung mungkin akan menggunakan teknologi engsel yang lebih maju yang dapat mengurangkan kesan lipatan. Untuk spesifikasi dalaman, Galaxy Z Fold6 berkemungkinan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4600mAh.