Close

Ini cara ‘renew’ lesen memandu dan cukai jalan guna aplikasi MyJPJ

Seperti yang kita tahu, kerajaan telahpun memperkenalkan aplikasi MyJPJ sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menariknya, aplikasi ini turut membolehkan rakyat memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah secara atas-talian.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Namun begitu, pengguna perlu mendafar terlebih dahulu sebelum boleh melakukan pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan.

Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara untuk memperbaharui lesen memandu (e-LMM) dan cukai jalan (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ.

Cara renew lesen memandu (e-LMM) :

  • 1- Buka aplikasi MyJPJ, pergi ke bahagian ‘Perlesenan Pemandu’ dan pilih ‘Pembaharuan Lesen Memandu’.
  • 2- Pilih ‘Jenis Lesen’ dan ‘Tempoh’ yang ingin diperbaharui. Seterusnya, pilih ‘Ya’ untuk pembaharuan tanpa salinan fizikal atau ‘Tidak’ untuk dapatkan salinan fizikal.
  • 3- Pergi ke bahagian cara bayaran ‘Kad Debit/Kad Kredit’ dan tekan ‘Bayar’. Seterusnya, tekan ‘Ya’ untuk teruskan proses pembayaran.
  • 4- Pada bahagian ‘Pengesahan Pembayaran’, isi maklumat yang diperlukan kemudian tekan ‘Proceed’.
  • 5- Selepas proses pembaharuan selesai, lesen memandu baru akan dipaparkan dalam aplikasi MyJPJ. Sekiranya tiada, tekan ‘Jana Semula’ untuk paparkan lesen memandu baru.

Pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan dalam tempoh 2 bulan sebelum tempoh tamat. Rebat RM5 akan diberikan sekiranya anda memilih pembaharuan tanpa salinan fizikal.

Cara renew cukai jalan (e-LMM) :

  • 1- Buka aplikasi MyJPJ, pergi ke bahagian ‘Perlesenan Kenderaan’ dan pilih ‘Semakan / Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor’.
  • 2- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan tekan ‘Hantar’. Seterusnya, tekan ‘Pembaharuan’
  • 3- Pilih ‘Tempoh Pembaharuan dan Mod Bayaran’ kemuadian tekan ‘Bayar’.
  • 4- Pada bahagian ‘Pengesahan Pembayaran’, isi maklumat yang diperlukan kemudian tekan ‘Proceed’.
  • 5- Selepas proses pembaharuan selesai, cukai jalan baru akan dipaparkan dalam aplikasi MyJPJ. Sekiranya tiada, tekan ‘Jana Semula’ untuk paparkan cukai jalan baru.

Sama seperti lesen memandu, pembaharuan cukai jalan boleh dilakukan dalam tempoh 2 bulan sebelum tempoh tamat.

ARTIKEL BERKAITAN