HONOR secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Magic6 Pro. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China dan kini ia secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran global. Tampil dengan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Magic6 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 4820Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, Magic6 Pro menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Kamera 50MP OmniVision OVH9000 + 180MP Samsung ISOCELL HP3 periskop telefoto + 50MP Samsung S5KJN1 ultra lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi AI dan HONOR Falcon Camera System. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Magic6 Pro menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. Turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Magic Portal, Magic Ring dan Magic Capules. Untuk Magic Portal, ia membolehkan pengguna mengakses dan menukar aplikasi dengan melakukan drag dan drop. Manakala Magic Ring pula, menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk pemindahan dan perkongsian perkhidmatan antara peranti. Magic Capsules pula mirip seperti Dynamic Island, mempaparkan pelbagai notifikasi.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah sepeti komunikasi satelit, Wi-Fi 7, penarafan IP68, NFC, pengimbas cap jari bawah skrin dan kemas kini sehingga 5 tahun. Untuk harga jualan, Magic6 Pro dijual pada harga sekitar €1299 (RM6,719).
Magic6 Pro dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Pada ketika ini, HONOR Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini.