Close

Xiaomi Pad 6S Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 10,000mAh dan pengecasan pantas 120W

Xiaomi turut secara melancarkan tablet baru untuk pasaran global melalui model Xiaomi Pad 6S Pro. Hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan lebih memfokuskan kepada produktiviti dalam masa yang sama turut menawarkan pengalaman hiburan yang lebih baik.

Xiaomi Pad 6S Pro hadir dengan rekaan mirip seperti model sebelumnya. Dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 12.4-inci dengan resolusi 3K. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 900 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP + 2MP dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Peranti ini menjalankan sistem operasi baru iaitu HyperOS yang menyokong pelbagai fungsi baru seperti Home Screen+, Xiaomi Smart Hub, Free Multi Windows dan juga Tap to Share.

Selain itu, peranti ini turut menyokong Focus Pen dan Touchpad Keyboard yang ditawarkan secara berasingan. Untuk harga jualan, Xiaomi Pad 6S Pro ini dijual pada harga bermula sekitar  €699 (RM3614) dan ditawarkan dalam pilihan warna Graphite Grey.

ARTIKEL BERKAITAN