Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Xiaomi 14 untuk pasaran global. Hadir dalam dua pilihan model sahaja iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Siri Xiaomi 14 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan tampil dalam tiga pilihan termasuk Xiaomi 14 Pro.
Xiaomi 14 Ultra
Merupakan model paling premium dalam barisan Xiaomi 14. Hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan juga kecerahan puncak 3000 nits. Skrin ini turut dilindungi dengan Xiaomi Shield Glass yang dikatakan 10 kali lebih lasak dan lebih terang. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS dengan aperture boleh ubah ƒ/1.63-ƒ/4.0 + 50MP Sony IMX858 periskop telefoto dengan 5x zum periskop + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto dengan 3.2x zum optik dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dijana dengan kecerdasan buatan Xiaomi iaitu AISP dan kekal menggunakan penjenamaan Leica Summilux. Xiaomi turut mendakwa yang kelajuan shutter peranti ini lebih baik berbanding iPhone 15 Pro Max.
Untuk rakaman video, ia menyokong rakaman video 4K 120fps pada kamera utama dan 8K 30fps pada kamera lain. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14.
Untuk harga jualan, Xiaomi 14 Ultra dijual pada harga bermula sekitar €1499 (RM7746) untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna Hitam dan Putih.
Xiaomi 14
Manakala untuk Xiaomi 14, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.
Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4610mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baru dengan penjenamaan Leica. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan pembesar suara jenis stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari di bawah skrin, WiFi 7, Bluetooth 5.4, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi HyperOS.
Untuk harga jualan, Xiaomi 14 dijual pada harga bermula sekitar €999 (RM5167) untuk 12GB RAM + 256GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Jade Green.
Siri Xiaomi 14 dijangka akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, Xiaomi Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini.