Close

MediaTek perkenalkan cip Helio G91 – Cip kelas permulaan dengan sokongan kamera sehingga 108MP

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru untuk kelas permulaan iaitu Helio G91. Hadir dengan spesifikasi yang sama seperti cip Helio G85 dan G88 namun menawarkan kemampuan ISP yang lebih baik dan hanya menyokong rangkaian 4G sahaja.

Cip Helio G91 dibina menggunakan teknologi binaan 12nm TSMC dengan konfigurasi 2x Cortex-A75 pada 2.0 GHz + 6x Cortex-A55 pada 1.8GHz. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Mali-G52 MC2 dengan kelajuan 1.0 GHz.

Naik taraf paling ketara pada cip Helio G91 adalah ia kini menggunakan cip pengimejan ISP yang lebih baik dan menyokong sehingga 108MP. Selain itu, cip ini turut menyokong teknologi RAM LPDDR4X, storan dalaman eMMC 5.1 dan skrin pada resolusi FHD+ dengan paparan 90Hz.

Cip ini memfokuskan kepada peranti kelas permulaan dengan kemampuan kamera sehingga 108MP. Cip ini dijangka menjadi pilihan pengeluar dalam menghasilkan peranti dengan harga yang lebih kompetitif.

ARTIKEL BERKAITAN