Shopee bakal menyokong fungsi baru yang membolehkan pembeli memulangkan produk sekiranya berubah fikiran. Fungsi baru tersebut akan dikenali sebagai ‘Change of Mind’.
Melalui fungsi ini, pembeli boleh memulangkan kembali produk yang dibeli dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran. Namun begitu, fungsi ini hanya tersedia kepada produk yang mempunyai tanda ” Free Return” sahaja. Selain itu, hanya produk yang dibeli melalui “Mall’ akan diperiksa oleh Shopee manakala produk bukan dari Mall akan dihantar terus kepada penjual.
Untuk kos atau yuran penghantaran dan pemulangan ia akan ditanggung oleh penjual. Walaubagaimanapun, penjual boleh memilih untuk melanggan Program Penjimatan Yuran Penghantaran Penjual untuk menikmati penjimatan kos dan masa tambahan.
Namun untuk permulaan, Shopee membenarkan penjual membuat tuntutan kembali kos pemulangan. Terhad kepada 1000 tempahan sebulan untuk Shopee Mall, 750 tempahan sebulan untuk Shopee Preferred dan 500 tempahan untuk Shopee Markletplace.
Pengenalan fungsi ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi kadar jualan dan juga keyakinan pembeli untuk membeli di Shopee. Fungsi ini akan mula berkuat kuasa bermula 19 Mac 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi ini, boleh layari laman rasmi Shopee.