OOKLA mengumumkan Malaysia berada dikedudukan pertama sebagai negara dengan rangkaian 5G paling konsisten di dunia. Buat yang tidak mengetahui, Ookla adalah penaraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.
Alhamdulillah, hari ini menerima anugerah "Best Global 5G Consistency Score" daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ookla, Stephen Buy di Barcelona, Sepanyol.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 26, 2024
Malaysia kini berada di 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 dalam Skor Ketekalan 5G global pada 97.27% di hadapan… pic.twitter.com/ZpqO8vex10
Melalui skor ketekalan (konsistensi) 5G yang dikongsi oleh Ookla, memperlihatkan yang Malaysia mendapat skor sebanyak 97.27% diikuti Macedonia Utara pada 94.06% dan Emiriyah Arab Bersatu pada 93.88%.
Dengan skor tersebut, ia telah melayakkan Malaysia menjadi pemenang global dalam kalangan negara yang telah memperkenalkan rangkaian 5G secara komersil bagi suku Keempat untuk tahun 2024. Selain itu, kejayaan tersebut turut menunjukkan pendekatan kerajaan dalam memacu rangkaian 5G di Malaysia berada dilandasan yang betul dan tepat.
Terdapat beberapa kriteria yang dinilai oleh Ookla dalam ujian ketekalan antara kelajuan rangkaian, capaian rangkaian dan juga konsistensi rangkaian. Selain itu, skor ini dinilai berdasarkan kepada data 3 bulan terakhir pada Disember tahun lalu.