Close

Nubia Flip 5G diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 1, kamera 50MP dan bateri 4310mAh

Melalui acara MWC 2024, Nubia telah memperkenalkan telefon boleh-lipat baru mereka iaitu Flip 5G. Merupakan telefon lipat pertama dari nubia dan menggunakan lipatan jenis clamshell.

Nubia Flip 5G hadir dengan skrin utama bersaiz 6.9-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz. Manakala skrin kedua, ia hadir dengan rekaan bulat beraiz 1.43-inci dengan resolusi 466×466. Skrin kedua peranti ini boleh digunakan untuk melihat pelbagai informasi ringkas seperti kawalan media, melihat pemanggil dan menjawab panggilan.Telefon lipat pertama dari Nubia ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP depth sensor. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 4310mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Nubia mendakwa yang engsel Flip 5G mampu bertahan sehingga 200,000 lipatan.

Harga jualan untuk peranti ini berkemungkinan bermula sekitar $599 (RM2841). Buat masa ini, tidak dipastikan peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran mana.

ARTIKEL BERKAITAN