vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu Y100 5G. Tampil dengan rekaan yang nipis dan ringan bersama dengan spesifikasi yang menarik.
Y100 5G hadir dengan rekaan yang nipis dengan 7.99 mm dan ringan dengan 185.5 gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR4X melalui Extended RAM dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra + Flicker sensor dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan Flashcharge 80W yang mampu mengecas dari 0% ke 80% hanya dalam 30 minit.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, penarafan IP54 dan menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.
Di Malaysia, Y100 5G dijual pada harga RM1199 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Purple leather dan Crystal black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan bermula dari 28 Februari di semua pengedar rasmi vivo Malaysia. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM298.