Selepas beberapa syarikat teknologi seperti Google, Spotify dan Amazon mengurangkan tenaga kerja mereka kini giliran Sony pula untuk melakukan perkara tersebut.
Terbaru, Sony mengumumkan yang mereka akan membuang 8% pekerja bersamaan dengan 900 dari jumlah sekeluruhan pekerja Sony Interactive Entertainment (SIE). Menurut Sony, langkah sukar ini terpaksa diambil untuk memastikan syarikat kekal efisien pada masa depan dalam masa yang sama terus menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik untuk komuniti.
Antara yang terkesan dengan penstrukturan semula ini adalah pekerja SIE di United Kingdom, yang mana PlayStation Studio London bakal ditutup sepenuhnya dan beberapa PlayStation Studio seperti Firesprite akan turut terjejas. Untuk Japan, SIE sedang melaksanakan program sokongan kerjaya dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan secara berasingan. Di negara lain, SIE telahpun memulakan perbincangan dan berpotensi untuk terlibat dalam penstrukturan semula.