Close

Apple tamatkan projek kereta elektrik (EV) – Gagal buat EV sendiri?

Kita mungkin tidak akan melihat kereta elektrik (EV) dari Apple selepas syarikat tersebut dilaporkan telah menamatkan projek untuk menghasilkan kereta elektrik pertama mereka.

Menurut laporan, Apple telahpun mengumumkan keputusan tersebut kepada pekerja dalam pasukan EV atau lebih dikenali sebagai Projek Titan. Keputusan tersebut menyebabkan beberapa pekerja akan ditukar ke bahagian lain seperti kecerdasan buatan (AI) dan perlu memohon pekerjaan dalam pasukan lain. Walaubagaimanapun, terdapat sejumlah pekerja akan diberhentikan.

Projek Apple Car atau projek titan dilaporkan bermula pada 2014 dengan idea untuk menghasilkan kereta elektrik dengan fungsi swapandu sepenuhnya. Namun begitu, projek tersebut mengalami beberapa masalah yang memaksa Apple mengubah kepimpinan dan arah tuju.

Pada 2021, Apple melantik Kevin Lynch dan Wiliam untuk mengetuai projek tersebut selepas Doug Field meninggalkan projek itu. Selepas itu, berlakunya beberapa siri penangguhan dan projek disambung semula beberapa kali. Melihat kepada permasalah tersebut, Apple akhirnya mengumumkan yang projek titan terpaksa ditamatkan. Projek tersebut dikatakan telahpun menelan kos berbilion dolar.

Sebagai perbandingan, Xiaomi telahpun melancarkan EV pertama selepas 3 tahun dan Huawei turut melakukan perkara yang sama dan telah memperkenalkan EV mereka. Jadi, keputusan Apple menamatkan projek ini adalah sesuatu yang tidak diduga berikutan Apple adalah syarikat teknologi yang cukup dikenali.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN