Close

‘Shopee Instant Delivery’ kini tersedia di Johor – Ini senarai lokasi terpilih

Shopee kini memperluaskan perkhidmatan Shopee Instant Delivery ke beberapa lokasi terpilih di Johor. Sebelum ini, Shopee Instant Delivery hanya tersedia untuk pengguna di kawasan lembah klang sahaja.

4 lokasi terpilih yang menerima perkhidmatan tersebut adalah Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Batu Pahat. Shopee Instant Delivery menawarkan penghantaran yang lebih pantas iaitu sekitar 2 jam berbanding Delivery biasa yang mengambil masa beberapa hari.

Namun begitu, terdapat beberapa terma dan syarat sekiranya anda mengguna perkhidmatan ini. Antara syaratnya adalah perkhidmatan ini hanya beroperasi selama 12 jam dari 9 pagi hingga ke 9 malam pada setiap hari. Terhad kepada jarak 30 km antara penjual dan pembeli serta berat bungkusan hanya terhad kepada 10 kg sahaja. Selain itu, pengguna perlu memilih Shopee Instant Delivery semasa pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Shopee Instant Delivery, boleh layari laman rasmi Shopee Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN