Close

Samsung Galaxy F15 5G diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6100+, kamera 50MP dan bateri 6000mAh

Samsung secara rasmi memperkenalkan peranti kelas permulaan baru mereka iaitu Galaxy F15 5G. Hadir dengan rekaan yang lebih baik dan spesifikasi yang menarik.

Galaxy F15 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.5-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro dan swafoto 13MP.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 25W jenis USB-C. Untuk sokongan kemas kini, Galaxy F15 5G menjanjikan 4 tahun kemas kini Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, bluetooh 5.3 dan menjalankan One UI 6.0 berasaskan Android 14.

Di India, Galaxy F15 5G dijual pada harga bermula INR12,999 (RM745) untuk 4GB + 128GB dan INR14,499 (RM828) 6GB + 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN