Close

Siri vivo 30 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

vivo Malaysia melalui laman web rasmi telah berkongsi maklumat mengenai ketibaan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu siri vivo 30. Perkongsian tersebut turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

Siri vivo 30 akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu vivo 30 dan vivo 30 Pro. Untuk model 30 Pro ia akan tampil dengan keupayaan kamera yang lebih baik melalui penjenamaan Zeiss seperti mana pada model andalan siri X.

Dari segi rekaan, kedua-dua model berkongsi rekaan yang sama dengan skrin hadapan jenis melengkung dan panel belakang mempunyai kemasan seperti tekstur. vivo masih mengekalkan sokongan Aura Light namun rekaan yang berbeza dan saiz yang lebih besar. Selain itu, peranti ini akan menyokong paparan 120Hz dan bateri sebesar 5000mAh.

Walaubagaimanapun, vivo Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Namun begitu, jika mengikut kepada laman web rasmi mereka tarikh pelancaran akan diadakan pada 13 Mac ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari vivo Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN