Close

Xiaomi 14 dan 14 Ultra dah sampai Malaysia! – Harga mencecah RM5199

Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Xiaomi 14 untuk pasaran tempatan. Tidak seperti sebelumnya, hadir dengan 3 pilihan model. Kali ini, Xiaomi hanya menawarkan 2 pilihan model sahaja iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.

Xiaomi 14 Ultra merupakan model paling premium dalam barisan Xiaomi 14. Hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan juga kecerahan puncak 3000 nits. Skrin ini turut dilindungi dengan Xiaomi Shield Glass yang dikatakan 10 kali lebih lasak dan lebih terang. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS dengan aperture boleh ubah ƒ/1.63-ƒ/4.0 + 50MP Sony IMX858 periskop telefoto dengan 5x zum periskop + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto dengan 3.2x zum optik dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dijana dengan kecerdasan buatan Xiaomi iaitu AISP dan kekal menggunakan penjenamaan Leica Summilux. Xiaomi turut mendakwa yang kelajuan shutter peranti ini lebih baik berbanding iPhone 15 Pro Max.

Untuk rakaman video, ia menyokong rakaman video 4K 120fps pada kamera utama dan 8K 30fps pada kamera lain. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14.

Di Malaysia, Xiaomi 14 Ultra ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 16GB + 512GB dengan harga jualan dijual RM5199. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna Hitam dan Putih. Bagi yang berminat peranti ini boleh dipra-tempah bermula 8 hingga 21 Mac.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2346.94 seperti Photography kit (RM799), Xiaomi 80W Wireless Charging (RM599) , langganan Google One 6 Months (RM50.94) dan jaminan tambahan 1 tahun (RM299).

Manakala untuk Xiaomi 14, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.

Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4610mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baru dengan penjenamaan Leica. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan pembesar suara jenis stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari di bawah skrin, WiFi 7, Bluetooth 5.4, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi HyperOS.

Di Malaysia, Xiaomi 14 dijual pada harga bermula RM3499 untuk 12GB RAM + 256GB dan RM3799 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Jade Green.

ARTIKEL BERKAITAN