Close

JPJ perkenalkan Sistem Ujian Memandu eTesting – Tersedia bermula April ini

Bermula April ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik atau dikenali sebagai eTesting.

Gambar : JPJ

Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke menyatakan perlaksanaan sistem ini membolehkan calon menjalani ujian tanpa pengawai JPJ di dalam kenderaan. Prestasi calon akan dinilai melalui alat pengesan dan kamera. Keputusan ujian akan dijana secara masa nyata sekaligus meningkatkan integriti dalam proses penilaian.

Pembangunan eTesting telah diumumkan pada 2022 dan JPJ telahpun menguji sistem tersebut dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu. Pada ketika ini, calon memandu masih mempunyai pilihan untuk diuji melalui ujian biasa atau eTesting sebelum ia dilaksanakan secara sepenuhnya bermula 2030.

Terdapat beberapa kelebihan untuk calon yang memilih ujian melalui eTesting antaranya percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa sebarang kos tambahan. Berbanding ujian biasa yang memerlukan elemen ujian yang gagal diambil pada hari yang berbeza dengan kos maksimum RM100.

Perlaksanaan sistem ini membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding dengan sistem ujian sedia ada atau manual yang sedia ada. Selain itu, kerajaan akan mula membenarkan institut memandu membuka Pusat Ujian KPP di premis mereka dengan permohonan akan dibuka bermula April ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN