OnePlus dan Xiaomi dijangka akan menggunakan teknologi pengimbas cap jari yang lebih maju iaitu dari jenis ultrasonik berbanding yang digunakan pada ketika ini iaitu jenis optik.
Menurut laporan, OnePlus dan Xiaomi dikatakan akan mula menggunakan teknologi pengimbas cap jari ultrasonik pada peranti andalan mereka iaitu OnePlus 13 dan siri Xiaomi 15. Laporan turut menyatakan yang Xiaomi telahpun menguji teknologi tersebut pada peranti mereka dan kini berada fasa pembangunan.
Teknologi pengimbas cap jari ultrasonik membolehkan nyahkunci peranti dilakukan dengan lebih pantas dan lebih tepat berbanding pengimbas cap jari optik. Ini kerana pengimbas cap jari ultrasonik tidak memerlukan pencahayaan yang tinggi seperti mana jenis optik. Teknologi ultrasonik ini telahpun digunakan pada beberapa peranti andalan seperti Samsung dan vivo.
Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu untuk diperkatakan memandang ia masih lagi di peringkat awal. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak peranti akan menggunakan teknologi ini pada masa akan datang.