Close

HONOR Magic6 dan Magic V2 Porsche Design tiba di Malaysia – Harga mencecah RM10,999

Seiring dengan pelancaran Magic6 Pro ke pasaran tempatan. HONOR Malaysia turut memperkenalkan dua peranti edisi khas Porsche Design melalui model Magic6 RSR dan Magic V2 RSR. Kedua-dua peranti ini hadir dengan rekaan yang menarik dan mewah.

Magic6 RSR Porsche Design

Perubahan ketara pada Magic6 RSR Porsche Design adalah pada bahagian panel belakang yang menggunakan rekaan kamera berbentuk heksagon yang dipadankan dengan panel belakang jenis kaca. Tidak ketinggalan, terdapat garisan menegak pada bahagian tengah dengan penjenamaan HONOR dan Porsche Design.

Tiada perubahan spesifikasi pada Magic6 RSR Porsche Design. Kekal menggunakan skrin hadapan jenis melengkung dengan kamera Swafoto seperti pil. Dilengkapi dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan 24GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Kamera  50MP + 180MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar. Untuk Swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Di Malaysia, Magic6 RSR Porsche Design dijual pada harga RM7499 untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Agate Grey dan Frozen Berry Pink.

Magic V2 RSR Porsche Design

Rekaan Magic V2 RSR diinspirasikan daripada kereta Porsche 911 dan menggunakan bahan binaan yang berbeza dari model biasa. Panel belakang peranti ini menggunakan binaan carbon fibre dan skrin hadapan dilindungi dengan NanoCrystal Shield.

Untuk spesifikasi, Magic V2 RSR hadir dengan skrin utama 7.92-inci OLED LTPO dan skrin kedua bersaiz 6.43-inci OLED LTPO. Kedua-dua skrin ini menyokong paparan adaptif 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 66W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar + 20MP OIS Telefoto. Keupayaan kamera ini menyokong sistem zum digital sehingga 40x. Manakala, untuk Swafoto ia hadir dengan sensor 16MP yang dimuatkan pada skrin utama dan skrin kedua.

Di Malaysia, Magic V2 RSR Porsche Design dijual pada harga RM10,999. Ditawarkan dalam satu pilihan warna dan varian sahaja iaitu Agate Grey dengan 16GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN