Close

Cara guna Google Play Store dekat fon HUAWEI

Tahukah anda yang telefon HUAWEI boleh menggunakan aplikasi Google. Menariknya, ia boleh dimuat turun melalui AppGallery sahaja. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memasang aplikasi kegemaran dan perbankan yang biasa digunakan seperti Netflix, Gmail, MAE, CIMB Octo secara terus melalui telefon Huawei.

Selain itu, sekiranya anda ingin memasang aplikasi yang tiada dalam AppGallery seperti HSBC dan Netflix, ianya boleh dimuat turun menggunakan Google PlayStore melalui GBox.

Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi cara untuk memasang aplikasi melalui Google Play Store pada telefon HUAWEI.

  • 1- Buka aplikasi ‘AppGallery’ dan buat carian ‘GBox’.
  • 2- Tekan ‘Install’ dan tunggu sehingga selesai.
  • 3- Buka aplikasi ‘GBox’ dan pilih ‘Google Play Store’.
  • 4- Seterusnya, ‘Sign in’ akaun Gmail dan tunggu sehingga proses selesai.
  • 5- Selesai, anda kini boleh mula muat turun aplikasi Google melalui ‘GBox’.

Selamat ke guna AppGallery dan GBox?

Menurut HUAWEI Malaysia, AppGallery pada EMUI 14 ini mempunyai 4 lapisan keselamatan yang akan melindungi data pengguna. Bermaksud, aplikasi ini telahpun disahkan selamat dan terkawal untuk digunakan sekaligus melindungi akaun pengguna daripada risiko penggodam.

Apa perbezaan AppGallery dan GBox?

AppGallery adalah aplikasi khas HUAWEI yang membolehkan pengguna muat turut aplikasi yang sering digunakan pengguna. Manakala GBox pula, adalah aplikasi yang membolehkan pengguna muat turun aplikasi Google pada peranti yang tidak menyokong GMS.

GBox sesuai untuk model apa?

Aplikasi GBox ini sesuai untuk digunakan pada kebanyakkan telefon Huawei termasuklah siri Nova 12 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Siri Nova 12 ditawarkan dalam 3 pilihan model iaitu nova 12i, nova 12s dan nova 12 SE.

Kesimpulan

Melalui GBox, ia telah menyelesaikan masalah untuk memasang dan menggunakan aplikasi Google. Selain selamat, aplikasi ini turut memberikan kelebihan kepada pengguna Huawei.

ARTIKEL BERKAITAN