HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Magic6 Pro. Peranti ini telahpun dilancarkan secara global pada Februari lalu dan kini ia tiba untuk pasaran tempatan.

Magic6 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 4820Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OmniVision OVH9000 + 180MP Samsung ISOCELL HP3 Periskop Telefoto + 50MP Samsung S5KJN1 Ultra Lebar. Untuk Swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi AI dan HONOR Falcon Camera System. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.
Menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. Turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Magic Portal, Magic Ring dan Magic Capules. Untuk Magic Portal, ia membolehkan pengguna mengakses dan menukar aplikasi dengan melakukan drag dan drop. Manakala Magic Ring pula, menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk pemindahan dan perkongsian perkhidmatan antara peranti. Magic Capsules pula mirip seperti Dynamic Island, mempaparkan pelbagai notifikasi.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah sepeti Wi-Fi 7, penarafan IP68, NFC, pengimbas cap jari bawah skrin dan kemas kini sehingga 5 tahun. Di Malaysia, Magic6 Pro dijual pada harga RM4499 (12GB + 512GB). Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Epi Green dan Black.

Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 20 Mac hingga 27 Mac 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1960 seperti HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, jaminan skrin selama setahun dan jaminan tambahan selama setahun.