Close

Infinix NOTE 40 4G dan NOTE 40 Pro 5G tiba di Malaysia – Harga bermula RM898

Dua peranti baru dari Infinix iaitu NOTE 40 4G dan NOTE 40 Pro 5G kini boleh mula dibeli di Malaysia. Kedua-dua peranti ini tampil dengan spesifikasi yang lebih baik bersama dengan beberapa fungsi menarik.

Dari segi spesifikasi, NOTE 40 4G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Helio G99 Ultimate yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 2MP + 2MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAH dan pengecasan 45W.

Manakala untuk NOTE 40 Pro 5G, ia hadir dengan spesifikasi hampir sama. Tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7020 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 8MP + 2MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan tanpa wayar 20W.

Spesifikasi lain yang turut hadir pada kedua-dua peranti adalah seperti NFC, Infrared, penarafan IP53/IP54, pembesar suara JBL dan menjalankan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14.

Untuk harga jualan, Note 40 4G dijual pada RM898 (8GB + 256GB) dan Note 40 Pro 5G pula dijual pada harga RM1098 (8GB + 256GB). Bagi yang berminat, peranti boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM69 seperti MagPower dan MagCase.

ARTIKEL BERKAITAN