Close

PS5 Pro dikatakan tiga kali lebih berkuasa berbanding PS5

Sebelum ini, kami ada melaporkan Sony bakal memperkenalkan versi kemas kini yang lebih berkuasa iaitu PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) dan dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang PS5 Pro akan menawarkan peningkatan GPU tiga kali ganda lebih baik berbanding PS5. Selain itu, PS5 Pro juga dikatakan akan turut menawarkan peningkatan prestasi sehingga 45% berbanding model sebelumnya.

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan yang PS5 Pro akan menyokong resolusi sehingga 8K 60fps dengan keupayaan Ray Tracing tiga kali ganda atau empat kali ganda pada beberapa keadaaan.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang PS5 Pro akan dikuasakan dengan CPU AMD Zen2 dengan 8 teras berkelajuan pada 4.4Ghz. Cip pemproses baharu ini akan dipanggil sebagai Viola dan menggunakan teknologi binaan N4P dari TSMC. Untuk grafik, ia akan dijana dengan GPU RDNA3 yang mempunyai 60 Compute Unit bersama dengan memori GDDR6 16GB.

Sony dikatakan berada dilandasan terbaik untuk memperkenalkan PS5 Pro selepas terdapat dilaporan mendedahkan devkit PS5 Pro telah mula diuji pada September tahun lalu. Berikutan itu, Sony berkemungkinan akan memperkenalkan PS5 Pro pada sekitar November ini. Namun begitu, mungkin terdapat perubahan dan tiada tarikh khusus yang dikongsi buat setakat ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN