Close

Xiaomi Civi 4 Pro jadi telefon terawal guna cip Snapdragon 8s Gen 3

Xiaomi telahpun mengesahkan acara pelancaran untuk peranti mereka yang seterusnya iaitu Civi 4 Pro pada 21 Mac ini. Menarik mengenai peranti ini, ia akan menjadi peranti terawal menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3.

Qualcomm menyatakan yang cip Snapdragon 8s Gen 3 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 20% dan kecekapan kuasa sehingga 15% berbanding model sebelumnya. Selain itu, cip ini turut memfokuskan kepada keupayaan AI generatif dengan sokongan bahasa Large Language Model (LLM) yang lebih banyak.

Selain itu, Civi 4 Pro akan turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Leica. Dari segi rekaan, peranti ini akan menggunakan rekaan skrin rata dan bingkai dari binaan logam jenis rata. Panel belakang peranti ini menggunakan kemasan panel jenis kulit dengan 3 pilihan warna iaitu Hijau, Merah Jambu dan Biru. Maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN