Close

WhatsApp bakal ada fungsi baru – Kongsi video 1 minit pada status

Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada aplikasi mereka. WhatsApp dijangka akan memperkenalkan satu lagi fungsi baru tidak lama lagi.

Fungsi baru tersebut bakal membolehkan pengguna untuk memuat naik video 1 minit pada status WhatsApp. Pada ketika ini, WhatsApp status hanya menyokong perkongsian video selama 30 saat sahaja. Kehadiran fungsi ini akan memboleh pengguna berkongsi video yang lebih panjang tanpa perlu melakukan suntingan atau sebagainya.

Selain itu, kehadiran fungsi ini disebabkan oleh maklum balas pengguna yang meminta sokongan video yang lebih panjang pada status. Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam fasa percubaan dan hanya tersedia untuk pengguna WhatsApp Beta sahaja. Fungsi ini dijangka akan mula tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa bulan akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN