Close

Samsung Galaxy A55 5G dan A35 5G dah boleh dibeli di Malaysia – Harga bermula RM1699

Selepas diumumkan pada minggu lalu. Siri Galaxy A 2024 iaitu Galaxy A55 5G dan A35 5G kini boleh mula dibeli di Malaysia. Hadir dengan spesifikasi yang menarik bersama dengan kemas kini sehingga 5 tahun.

Galaxy A55 5G dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan Vision Booster untuk pengalaman penggunaan skrin yang lebih baik. Dikuasakan dengan cip Exynos 1480 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra lebar + 5MP makro dan 32MP swafoto. Untuk bateri, ia dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 25W.

Manakala untuk Galaxy A35 5G, ia hadir dengan skrin Super AMOLED 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan Vision Booster untuk pengalaman penggunaan skrin yang lebih baik. Dikuasakan dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 5MP makro dan 12MP swafoto. Untuk bateri, ia turut dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang dimuatkan yang menyokong pengecasan 25W.

Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14. Menyokong kemas kini Android sehingga 4 tahun dan kemas kini keselamatan sehingga 5 tahun. Selain itu, ia turut tampil dengan fungsi keselamatan Samsung Knox Vault.

Di Malaysia, Galaxy A55 5G dijual pada harga RM1999 (12GB + 256GB). Didatangkan dengan hadiah percuma seperti Galaxy Buds FE, jaminan tambahan setahun, rebat sehingga RM300 dan diskaun 30% pembelian atas pembelian untuk peranti terpilih.

Manakala, Galaxy A35 5G pula diijual pada harga RM1699 (12GB + 256GB). Turut didatangkan dengan hadiah percuma seperti pelan pelindungan Samsung Care+, jaminan tambahan setahun, rebat sehingga RM300 dan diskaun 30% pembelian atas pembelian untuk peranti terpilih. 

ARTIKEL BERKAITAN