Close

HONOR Magic6 RSR Porsche Design diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, RAM 24GB dan storan 1TB

HONOR secara rasmi memperkenalkan peranti edisi terhad mereka iaitu Magic6 RSR Porsche Design. Seperti namanya, peranti ini tampil dengan beberapa perubahan menarik untuk menjadikan ia lebih mewah dan lebih istimewa.

Perubahan ketara pada Magic6 RSR Porsche Design adalah pada bahagian panel belakang yang menggunakan rekaan kamera berbentuk heksagon yang dipadankan dengan panel belakang jenis kaca. Tidak ketinggalan, terdapat garisan menegak pada bahagian tengah dengan penjenamaan HONOR dan Porsche Design.

Kekal menggunakan skrin hadapan jenis melengkung dengan kamera swafoto seperti pil. Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan bermaksud peranti ini hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 4820Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Kamera  50MP OmniVision OVH9000 + 180MP Samsung ISOCELL HP3 periskop telefoto + 50MP Samsung S5KJN1 ultra lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi AI dan HONOR Falcon Camera System. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Di China, Magic6 RSR Porsche Design dijual pada harga sekitar CNY9,999 (RM6568) untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Agate Grey dan Frozen Berry Pink.

ARTIKEL BERKAITAN