HUAWEI Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu pada 25 Mac ini. Pada acara ini, HUAWEI akan memperkenalkan 3 model baru iaitu nova 12i, nova 12 SE dan nova 12s. Spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga peranti ini juga telah dikongsi melalui laman web rasmi mereka.
Untuk HUAWEI nova 12i, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Depth dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Manakala untuk HUAWEI nova 12 SE, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang digabungkan dengan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Akhir sekali adalah HUAWEI nova 12s, merupakan peranti paling premium dalam siri nova 12. Hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Turut menyokong PWM Dimming pada 1440Hz, Wide Colour Gamut P3 dan 10,7 billion warna. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 64MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti Bluetooth 5.0, NFC, HUAWEI Histen, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasai EMUI 14.
Namun begitu, HUAWEI Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan peranti. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.