Close

Apple mungkin guna skrin lebih tahan lasak pada iPhone 17

Apple mungkin akan menggunakan teknologi skrin baru yang lebih tahan lasak pada generasi iPhone yang seterusnya iaitu iPhone 17.

Menurut laporan, teknologi skrin baru ini bukan sahaja lebih tahan lasak berbanding Ceramic Shield tetapi ia juga akan turut mempunyai lapisan ‘anti-reflective’. Bermaksud, skrin iPhone 17 akan mempunyai kesan pantulan yang rendah seperti mana pada Samsung Galaxy S24 Ultra.

Malangnya, teknologi skrin baru ini tidak akan tersedia pada siri iPhone 16 berikutan teknologi tersebut baru sahaja di terima oleh rantaian bekalan Apple di China. Berikutan itu, Apple hanya akan menggunakan teknologi tersebut pada iPhone 17.

Apple mula menggunakan Ceramic Shield pada 2020 melalui siri iPhone 12. Dibangunkan dengan kerjasama Corning dengan mengunakan bahan dari kaca seramik. Apple mendakwa yang Ceramic Shield mempunyai ketahanan yang lebih baik berbanding skrin peranti yang ada di pasaran ketika ini.

Teknologi ini dikatakan mirip seperti Gorilla Glass Amor yang digunakan pada Galaxy S24 Ultra. Gorilla Glass Amor menawarkan ketahanan skrin empat kali ganda lebih baik dan berjaya mengurangkan kesan pantulan sehingga 75%. Biarpun menggunakan teknologi yang sama, Apple tidak akan menggunakan penjenamaan yang sama. Jadi, teknologi ini berkemungkinan akan menggunakan nama ‘Ceramic Shield Ultimate’.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN